Tuesday, June 9, 2009

Program pintar soleh

Alhamdullilah pagi yang penuh barakah bagi saya kerana program motivasi pintar soleh dapat di mulai dengan 76 remaja sekitar pangsapuri seksyen 7. Hampir setahun sejak saya memegang jawatan ahli majlis mbsa dan pengerusi majlis perwakilan penduduk (MPP) zon 3 saya mengimpikan dapat mengumpulkan remaja untuk program motivasi jatidiri remaja. Masa yang begitu padat menyukarkan saya merancang dengan baik sehinggalah pengerusi Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) mencadangkan Bahtera Consultant Sdn Bhd membuat program motivasi bertajuk 'Pintar Soleh'

Mmm dewan Melati jalan Plumbum sek 7 sekali lagi bergema dengan nasyid mengiringi pengisian program. Agak kurang selesa dalam cuaca yang panas, tanpa penghawa dingin mercutanda pembangunan moden. Muram dan serius nampaknya program kerana jurulatih mempunyai wawasan membentras masalah sosial yang mewabak. Saya membuat pemantauan kerana remaja yang sedang di hadapi amat minima asas kesedaran agama. Kawasan flat yang sedang saya tangani kini sebahagian besarnya di huni masyarakat golongan berpendapatan sederhana rendah. Sebahagian besar masa ibu bapa adalah kerja siang malam mencari rezeki untuk menampong kos hidup di bandar yang meningkat tinggi kesan inflasi tak terkawal. Salah satu kaedah perubahan ialah melalui penguasaan ilmu untuk anak-anak keluar daripada putaran kemiskinan. WaAllahu'alam samada teori ini benar.

Namun Alquran memang menyarankan 'baca' sebagai kekuatan pertama mengenal kebenaran. InsyaAllah harapan saya anak-anak remaja akan tercetus minat untuk membaca sesuatu daripada buku penting yang di 'hantar' kepada umat manusia iaitu Alquran dengan hati yang bersih putih, tulus ikhlas memohon Allah berikan sedikit percikan hidayah semoga program yang di rancang untuk mereka dapat di hayati dengan baik, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment