Friday, February 5, 2010

PALESTIN DAN KEADILAN DUNIA


Salam

Tetamu Palestin datang lagi (tak perlu sebut siapa). Tahniah kepada Haluan Palestin yang berjaya menganjurkan program di D' Palma Hotel pada malam 3 Februari walaupun masa perancangan amat singkat.

Pertubuhan Mawaddah Malaysia merupakan penganjur bersama. Yang ketara tidak tampil ialah Aman Palestin.

Apa pun semua NGO termasuk yang tidak bercirikan Islam memang menyokong perjuangan rakyat Palestin yang di tindas seburuk-buruknya oleh Israel cum yahudi laknatullah. Cuma berita mutakhir tidak sampai ke pengetahuan kita kerana sumber berita dunia bukan umat Islam yang mengurusnya.

Setiap saat saya mengingati rakyat Palestin terutama di Gaza saya dapat rasakan mereka tidak punya pilihan untuk bertindak kecuali JIHAD. Tidak ada masa untuk berlengah-lengah ke medan perjuangan kerana hidup mereka memang medan perjuangan. Yang saya sayukan ialah mereka berjuang demi kita umat Islam sedunia, demi mempertahankan kebenaran Islam di muka bumi, demi maruah umat Islam yang di robek-robek semata-mata kerana di dalangi oleh kuasa besar dunia. Sayangnya musuh Islam lupa bahawa Islam membawa mesej Allah Rabul Alamin yang memerintah dunia dan seisinya. Ketara satu kerja gila nak melawan kuasa Allah....fikir2kan bagi yang belum berfikir...

Sekembalinya saya daripada majlis yang menjadi kenangan (kerana bertemu ramai kenalan yang lama terpisah) saya menyingkap sebuah buku... terpampang fatwa Ibn Taimiyah yang menyebut tentang pentingnya KEADILAN.

"Persoalan manusia di dunia hanya dapat di selesaikan dengan KEADILAN meskipun bercampur dengan pelbagai dosa, dan takkan di selsaikan dengan KEZALIMAN meskipun demi menegakkan kebenaran dan tidak bercampur dengan dosa.
Kerana itu menurutku (Ibn Taimiyah), Allah akan melindungi negara yang ADIL, meskipun di pimpin oleh penguasa kafir, dan Allah takkan melindungi negara yang ZALIM, meskipun di pimpin penguasa Muslim.

Di katakan juga dunia ini akan sejahtera dengan KEADILAN plus Kekafiran, namun takkan sejahtera bersama KEZALIMAN plus Islam...(Majmu' Fatawa)

Tersirap darah saya membaca fatawa ini kerana di mana-mana hari ini kita berhadapan dengan KEZALIMAN...yang paling rendah kezaliman ialah tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sewajarnya. Susah juga nak brceramah tentang kezaliman jika kita di bius dengan kebiasaan melihat kemungkaran menjadi perkara baik dan betul...sementara kebenaran di perosok dan di sembunyikan. WaAllahu'alam

Wednesday, September 2, 2009

MEKAH SEGAR DI HATIKU

Isnin 24 Ogos, tarikh keramat yang saya tunggu-tunggu. Percutian IBADAH ke tanah suci selama sebulan . kebetulan program Ramadhan diMPP3 agak sibuk. Awal-awal saya berdoa AJK tetap komit dan bertahan teruskan amal soleh semasa saya tiada. Sepanjang Ramadhan saya dan suami akan berada di tanah suci Mekkah yang sentiasa segar di hatiku.

Tahun 1983. tarikh pertama saya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. ketika itu umur saya awal 30an. Kira paling muda dalam kumpulan yang terdiri daripada semua arwah (sekarang) bapa dan ibu mertua, emak saudara dan seorang guru dari Pasir Mas Kelantan bersama isterinya. pakej masih menggunakan Sheikh haji. kami mengerjakan HAJI IFRAD kerana terus ke Mekkah. Dalam kefahaman yang terlalu cetek(belum ada kursus Haji) saya dan suami menyerah bulat-bulat untuk ikut arwah bapanya yang telah pergi menunaikan Haji sebanyak 3 kali. Dipendekkan cerita, kesan tanah suci Mekah di hati saya memang tidak dapat digambarkan lagi. lebih 6 bulan lamanya baru dapat melegakan diri daripada dendangan yang terngiang-ngiang di telinga iaitu hiburan bacaan al-Qur'an yang mendayu-dayu. Berapa banyak air mata tumpah setiap kali terkenangkan Makkah dan Madinah juga tidak terkira. Itulah indahnya "Mekkah Segar di hatiku"

Kini saat kaki saya menjijak di tanah suci Mekkah buat kali ke-7. 1983 Haji, 1087 Umrah dengan suami, 1993 umrah menemani arwah ibu, 1998 Umrah dengan keluarga KOHATSA, 2006 Umrah bersama anak perempuan, dan tahun 2007 menunaikan Haji bersama Rafidah dan anak-anaknya, tahun 2008 Rabiah (bekas pembantu rumah semasa di Kuching Sarawak). Hati saya masih melonjak-lonjak rindu menikmati bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an yang mendayu-dayu kini terus dipasang menggamit seluruh nostalgia saya . hati saya merayu-rayu agar Allah perkenankan doa-doa saya yang tidak sedikit ini. Doa agar saya dan rombongan mendapat sebanyak-banyak manfaat sepanjang bulan barakah di tanah suci.

Doa agar semua usaha kerdil saya diredhai. Doa saya dan suami serta seisi keluarga, sahabat handai dapat bertemu di syurga-Nya. doa agar kami dihindarkan daripada maksiat dan musibah. maksiat akan menjadi penghambat keberkatan hidup. Musibah akan menghambat keikhlasan beribadah kerana Allah.

Keinginan untuk meneruskan blog saya sampaikan melalui Norlida adik saya yang menyertai rombongan peringkat awal. masya allah dalam tempoh sesingkat 3-4 hari baru saya dapat mengenali adik saya dan perjuangan hidupnya yang gigih. di tempat kita bekerja dan menjalani banyak beban tugas terlalu ketat masa untuk berkongsi tetapi di dalam masjidil haram luahan hati mengalir tanpa sempadan. Saya kagum dengan kegigihan adik saya yang satu ini, jelas dia lebih matang daripada saya dalam menyelesaikan masalah Baitul Muslim (rumah tangga seorang Muslim). Insyaallah jika dipanjangkan umur selepas bercuti sebulan ini, kami berdua akan menganjurkan program Ruqyah, rawatan gangguan jin/syaitan secara Islam.

Seronoknya meleburkan diri dalam program al-qur'an di masjdil haram memotivasi saya agar dapat menyempurnakan 100 muka surat bacaan al=qur'an sehari. Dalam 6 hari saya dapat Khatam al-Qur'an, insyaAllah.

Peristiwa lucu, anih dan menyentuh hati menjadi hiburan hidupberkelana di mekkah. Sesekali SMS berita dari Malaysia tiba juga. berita kematian Ustaz Dato' ismail Kamus meninggal di Mekkah bertubi-tubi ditanya. Aneh baru sebentar pengurus pakej Shahid Travel & Tours Hj Kamaruzaman berbual melalui telefon dengan Sheikh Abdul Aziz yang menyatakan Ustaz Ismail Kamus ada bersama beliau. Berita ini satu 'rumour' melibatkan hidup mati seseorang. rupa-rupanya sumber berita silap. Sebenarnya yang meninggal dunia adalah Prof Dr Ismail Salleh (OKU), sakit jantung ketika berusia 62 tahun. Jelaslah jika sumber berita salah, semua yang lahir adalah salah. Hanya al-Qur'an dan HADIS menentukan KEBENARAN , maklumat daripada sumber lain jelas bukan kebenaran dan terdedah kepada kepalsuan.

Pemerhatian turut memainkan peranan. Saya perhatikan jika hidup kita di malaysia jauh daripada hakikat hidup Islam, tiba di tanah suci ini kita akan kekaok untuk menyesuaikan diri kerana waktu-waktu solat sentiasa berjemaah, semua akan berjemaah secara spontan.Mana mungkin kita mampu bertahan jika sebelum ini kita tidak pernah lakukan sedemikian! Lebih ramai suka melancong dan melencung di Makkah daripada menunaikan Ibadah.

Akhir kalam, adab dan amalan di Baitullah rupa-rupanya tak sama. Siapa tahu di Masjidil Haram tidak ada solat Tahiyatul Masjid (memuliakan masjid)!, diambil alih oleh peranan tawaf 7 keliling Kaabah. Siapa tahu masjidil haram tidak ada waktu haram solat?. Setiap saat boleh lakukan solat apa sahaja.....

Setiap kali lepas solat fardhu, tidak pernah miss solat jenazah...memberi mesej bilalah saat saya akan disolatkan oleh jutaan jemaah umrah, alangkah baiknya!

Salam dari Makkah Al Mukaramah
29 Ogos 2009
8 Ramadhan 1430 Hijrah

Wednesday, July 1, 2009

MANIS SUDAH

25 Jun hingga 28 Jun 09 petang Khamis sampai Ahad saya menyertai rombongan MBSA di ketuai Datuk Bandar ke Kota Kinabalu Sabah. Pakej bayar sendiri hampir RM2000 ini agak membebankan kewangan peserta. Rata-rata peserta terdiri daripada AJK ekonomi/sosial mampan LA21 Shah Alam yang ingin melihat beberapa strategi negeri Sabah mengendalikan program pelancungan kerana memang ramai pelancung mengunjungi negeri di 'bawah bayu' ini.

Sewaktu MBSA melakukan lawatan ke Surabaya saya tidak dapat ikut serta. Kali ini saya gagahi juga kerana menurut Puan Asmah, penyelaras program, musafir bersama ini dapat bermesra dan lebih mengenali satu sama lain. Saya setuju. Misi saya bermusafir ke Sabah ialah untuk mengenali dengan lebih dekat Datuk Bandar dan pegawai-pegawainya. Antara yang saya ingin dekati ialah En Khalidun bahagian Penguatkuasa. Saya ingin sangat berkongsi dengan beliau wawasan MBSA di pandang 'manis' pada mata masyarakat Shah Alam kerana sebahagian besar mempunyai gambaran yang kurang tepat dan mudah terpengaruh dengan tuduhan seperti ' rasuah', 'on the take', 'tak cekap' dan 'pilih kasih'

Penerbangan dengan MAS-MH2662 selesa dan selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu kami dibawa makan malam di restoran Sabah Terf Club Tanjong Aru Jesselton Point. Krew pelancung En. Yamin dari YK Travel & Tours dan Shahira Johari daripada Tourism Selangor amat mesra menyebabkan kami mudah menyesuai diri. Makan tanpa kuah di restoran STCTA biasa sahaja. Kemudian kami check in Hotel Imperial Boutec di tengah-tengah bandar KK. Terkejut juga melihat kedudukan hotel di tingkat 7, namun segala perkhidmatan memuaskan, taraf 3-4 bintang. Room mate saya malam itu Puan Hazlin yang umurnya sebaya dengan menantu saya, sama-sama muda dan manis.


Waktu solat di KK 1 jam awal. Saya terpaksa minta wake-up call jam 4.30 pagi daripada reception di samping minta suami menalipon juga kerana waktu begitu dia biasa bangun solat tahajjud. Bercerita tentang suami saya sejak beliau bersara (umur 55 tahun) dalam tahun 2006 kami memang jarang bermusafir sendirian tapi lawatan kali ini beliau izinkan saya kerana lawatan berstatus 'kerja'. Sewaktu isteri Datuk Bandar bertanya saya 'tak apa ke suami tak ikut sama' saya sempat berkongsi pengalaman bahawa selaku ketua keluarga seorang suami mesti mampu memimpin keluarga berbekalkan dua kekuatan iaitu mambaca dan memahami Alquran serta solat berjemaah di surau atau masjid. Puan Saliza, isteri Datuk Bandar terpingga-pingga bila saya pusing jawapan yang bermaksud 'tak apa suami saya izin dan telah mendidik saya dengan dua kekuatannya dan mempercayai saya boleh bersendiri tanpa kehadirannya bila-bila masa dan di mana sahaja. Sori..puan saliza, saya berbelit menjawab soalan puan yang mahal tu!


Pagi hari kedua saya miss sarapan di tingkat 11 Hotel international di bangunan sebelah tempat kami menginap. Lawatan ke City Hall KK bermula 8.30 pagi. Desas desus pagi itu baru saya tahu bahawa ada di kalangan ahli rombongan kurang selesa dengan bilik kecil dan bercadang berpindah hotel. Apa pun masalah itu dapat di bereskan dengan hikmah oleh penyelaras yang cekap Puan Asmah. Petangnya saya berpindah ke bilik lain, bersendirian.


Sepanjang taklimat oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), En Teo Boon Hai @ Muhammad kami dapat merumuskan pengalaman DBKK mengendali program pelancungan lebih lama kerana telah wujud Sabah Tourism Board sebelum Malaysia wujud lagi. DBKK tidak mempunyai ahli majlis tetapi di panggil 'advisers'. Yang cantiknya tarikh pengistiharaan DBKK ialah 020202, 2 hb Februari tahun 2002. Program 3K yang menjadi motto DBKK ialah Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dan yang paling menarik ialah dasar DBKK terhadap 'sampah'. Orang yang membuat sampah di gelar 'kutu sampah' dan mereka mengadakan kempen menangkap kutu sampah. Mereka juga mengujudkan sukarelawan yang membantu kerja penguatkuasaan serta menganjurkan pertandingan kampong, premis kedai, pejabat dan pekan "TANPA SAMPAH'


Petang hari yang sama kami berpeluang melawat kampong Cenderamata dua Likas yang berkali-kali di anugerahkan 'Kampong Tanpa Sampah'. Kami di sambut dengan kompang dan gong diiringi penduduk berjalan sekeliling kampong yang memang ketara bersih dan tiada kelihatan sebarang sampah di jalan atau di bawah rumah. Rahsianya mengikut AJK kampong yang jelas komited mempertahankan kejuaraan kampongnya ialah kesedaran masyarakat serta kerjasama semua pihak. Selain setiap rumah mesti mengadakan tong sampah di hadapan rumah yang hanya merupakan bekas tong cat, mereka juga menyumbang RM5 untuk mengupah dua orang pekerja menyampu sampah sekeliling kampong serta membawa sampah ke kebok sampah setiap pagi. Rupanya DBKK tiada agensi macam 'Alam Flora' kerana semua tugas di kendali pekerja rendah DBKK. Tahniah kepada kampong tanpa sampah kerana saya memang pertama kali mendengar dan melihat sendiri realiti yang tidak mustahil dapat di laksanakan di tempat lain termasuk di sekitar pangsapuri Shah Alam.


Rumusan lawatan ke Kampong Tanpa Sampah dan iktibarnya ialah betapa sampah merupakan noda hitam yang boleh merosakkan imej sesebuah masyarakat. Sebaliknya tanpa sampah menaikkan taraf sesebuah kampong sehingga menjadi destinasi pelancung. Rata-rata saya melihat warga Shah Alam masih jauh daripada amalan membuang sampah di tempat yang betul. Ini mungkin kerana kebiasaan dan kurang civic-minded (bertamaddun), kurang tong sampah, atau tong sampah terlalu kecil atau kutipan yang tidak berjadual. Amalan pemakanan juga menyumbang kepada jenis sampah yang berair dan mudah berbau.

Saya masih ingat sewaktu tinggal di Wales United Kingdom, semasa suami saya melanjutkan pengajian Mastersnya. Petugas university Wales yang menjaga kuarters yang di sewakan kepada kami memberi syarat ketat agar siling dan dinding sentiasa bersih daripada percikan minyak atau sebarang kotoran kerana pengalaman mereka penyewa mudah mengambil ringan soal kebersihan. Saya rasa amalan ini boleh di kenakan kepada semua penyewa kerana ia boleh mendidik sikap bertanggongjawab. Saya masih ingat lagi bagaimana saya seisi keluarga membersihkan rumah kuarters itu setiap kali pemeriksaan akan di buat iaitu dua minggu sekali. Kini pengalaman itu menjadi 'manis' kerana ia mengindahkan sikap kami terhadap kebersihan.


Kecantikan pesisiran pantai dan gunung ganang negeri Sabah memang tidak dapat di tandingi dan kami menikmati keindahan tersebut sewaktu makan tengahari dan sebelah malamnya sepanjang perjalanan ke pusat beli belah One Borneo. Makanan 'steam boat' di restoran 'Shiok' memang shok..sedap, 'manis' dan menyelerakan. Hanya masa yang merintangi hajat kami nak bershopping sakan, namun yang jelas One Borneo sebuah shopping kompleks mega, tak cukup sehari kalau nak jelajah. Nun di sebelah bukit One Borneo kami melihat keindahan masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rupa-rupanya kompleks beli belah ini berkongsi pagar dengan UMS. Bakal-bakal pelajar IPT yang suka shopping bolehlah mohon kemasukan menjadi pelajar UMS.


Di tengah-tengah kota KK setiap malam ada pasar rakyat yang menjual pelbagai barangan dan kraf. Kami sempat meninjau pasar tersebut yang rata-rata di kendali oleh rakyat pendatang Filipina dan tarikan utama ialah barang hiasan batu permata dan mutiara. Mungkin saya menyelaras projek Kraf kreatif yang memang mengusahakan produk yang sama, rasanya yang dapat saya belajar daripada jualan malam itu ialah kegigihan penjual serta penghasilan yang memungkinkan barangan di jual begitu murah. Hampir separuh harga barang yang sama yang di jual di Shah Alam.


Hari ketiga kami bersiap untuk melawat tempat pelancungan Gunung Kinabalu dan Kundasang. Perjalanan dua jam dalam bas seronok bila en yamin mula bercerita tentang sejarah sabah dan pelbagai suku kaum yang terdapat di sana. Satu kesah yang tidak mudah di lupai ialah makanan kaum murut yang begitu 'meremangkan bulu roma'..kesah anjing yang di biarkan lapar hampir seminggu kemudian di beri makanan yang sedap-sedap. Selepas makan, perut anjing di pukul sehingga makanan di muntahkan semula dan itulah makanan 'jeruk' kaum murut!! Lama juga selera saya terganggu mendengar kesah 'jijik bercampur kejam' itu.


Kami masing-masing berkongsi teka teki dan kuiz di mana lima peserta termasuk saya menggondol hadiah Puan Ira di hari akhir musafir. Antara soalan yang menarik ialah 'apa yang membuatkan minuman manis?' dan 'Apabila kapal tenggelam apa yang timbul.' Jawapan kepada soalan pertama meggambarkan satu proses 'memaniskan' minuman. Aakhirnya en khalidun dapat jawapan 'stir' dalam bahasa Inggeris atau 'di kacau air itu' dalam bahasa melayu dan dapat hadiah T shirt logo Gunung Kinabalu. Iktibar soalan ini ialah kita jarang memanafaatkan bahan-bahan yang dapat 'memaniskan' kehidupan kita. Kita tidak kreatif untuk mencampurkan dan mengacau bahan hingga dapat di kecap manisnya. Samada bahan-bahan itu di biarkan tidak di campur atau bila di camapur tidak di kacau dengan baik. Saya menjelaskan kepada Datuk Bandar supaya memanfaatkan sumber di sekitar MBSA termasuk kepakaran Ahli Majlis dan kemampuan anggota MBSA untuk 'memaniskan' kerja MBSA. Tugas mengacau minuman di MBSA ialah pemimpinnya!


Lantas saya teringat mesej YAB Menteri Besar Selangor dalam perhimpunan pagi baru-baru ini. Beliau merujuk kepada buku yang di bacanya 'The Milkshake Moment' oleh Steven S. Little di mana prosesnya sama dengan 'memaniskan' minuman. Mengikut kesah dalam buku itu penulisnya mengalami saat kecewa bila hotel yang didiaminya tidak menyediakan minuman 'milkshake' dalam menunya. Beliau kemudiannya minta di sediakan secawan susu dan dua skup aiskrim serta sudu untuk mencampurkan keduanya jadilah minuman yang manis! Iktibar kepada organisasi ialah setiap petugas mesti di ajar dengan pelbagai cara untk menggembirakan pelanggan kerana hidup bukan sekadar mencari sesuap nasi sara hidup tapi yang lebih penting menghidupkan ruh kemanisan berkhidmat dengan nilai kemanusiaan dan memberi sumbangan terbaik termasuk menjalin hubungan yang ikhlas dan mesra.


Berbalik kepada soalan kuiz yang kedua daripada Ahli Majlis Kamaruzaman, bila kapal tenggelam, yang timbul ialah..masaalah. Yang cantiknya rombongan kami ke KK tiada banyak masalah kerana di selaras dengan cekap dan kemas. Masing-masing dapat membawa pulang oleh-oleh makanan seafood sabah, ikan masinnya, mutiaranya dan pengalaman-pengalaman 'manis sudah' (lenggok bahasa Sabah) bersama anggota rombongan yang tak sempat di nukilkan dalam blog ini. Lain kali insya Allah.

Saya sendiri merasai kemanisan bertemu muka setelah hampir 10 tahun dengan bekas fasilitator saya seorang warga Ranau yang datang 'just to see me' di Kundasang. Pertemuan mata lima minit menitiskan air mata rindu! Ah.. manisnya persaudaraan atas nama Islam.

Misi saya ingin mengenali lebih dekat anggota MBSA antaranya En Khalidun tercapai sudah. Beliau mempelawa saya menyampaikan apa-apa mesej penting dalam program pagi Jumaat bersama anggota penguatkuasa MBSA. InsyaAllah saya akan pertimbangkan. Apa pun tahniah kepada Datuk Bandar Shah Alam dan ahli rombongan melawat Kota Kinabalu Sabah. Pastikan ada sedikit kesan selepas ini melalui perancangan di mana-mana Jabatan di MBSA, mungkin akan lahir 'pasar malam tanpa sampah' yang pertama di Shah Alam?

Akhir kata memang musafir itu ada iktibarnya pada kehidupan kita semua. Rasulullah saw ada bersabda yang maksudnya 'hiduplah kamu di dunia ini sebagai musafir' Tiga perkara seorang musafir perlu lakukan ialah membuat persiapan; tinggal atau ziarah sementara di tempat bermusafir dan akhirnya kembali ke tempat asal. Semoga kita dapat menjadikan kehidupan yang singkat ini satu pemusafiran menuju akhirat kerana kita akan kembali ke asal juga akhirnya (tanah). Persiapan yang sewajarnya perlu ada untuk perjalanan ke akhirat, antaranya akidah yang selamat dan amalan soleh yang di redhai Allah. Kita di alam barzah pun tidak lama kerana akan seterusnya menuju ke alam penentuan iaitu akhirat yang kekal samada ke syurga atau neraka. Untuk itu tepok dada tanyalah iman kita!. WaAllahu'lam, yang baik daripada Allah, yang kurang itu kelemahan saya sendiri.

Tuesday, June 9, 2009

Program pintar soleh

Alhamdullilah pagi yang penuh barakah bagi saya kerana program motivasi pintar soleh dapat di mulai dengan 76 remaja sekitar pangsapuri seksyen 7. Hampir setahun sejak saya memegang jawatan ahli majlis mbsa dan pengerusi majlis perwakilan penduduk (MPP) zon 3 saya mengimpikan dapat mengumpulkan remaja untuk program motivasi jatidiri remaja. Masa yang begitu padat menyukarkan saya merancang dengan baik sehinggalah pengerusi Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) mencadangkan Bahtera Consultant Sdn Bhd membuat program motivasi bertajuk 'Pintar Soleh'

Mmm dewan Melati jalan Plumbum sek 7 sekali lagi bergema dengan nasyid mengiringi pengisian program. Agak kurang selesa dalam cuaca yang panas, tanpa penghawa dingin mercutanda pembangunan moden. Muram dan serius nampaknya program kerana jurulatih mempunyai wawasan membentras masalah sosial yang mewabak. Saya membuat pemantauan kerana remaja yang sedang di hadapi amat minima asas kesedaran agama. Kawasan flat yang sedang saya tangani kini sebahagian besarnya di huni masyarakat golongan berpendapatan sederhana rendah. Sebahagian besar masa ibu bapa adalah kerja siang malam mencari rezeki untuk menampong kos hidup di bandar yang meningkat tinggi kesan inflasi tak terkawal. Salah satu kaedah perubahan ialah melalui penguasaan ilmu untuk anak-anak keluar daripada putaran kemiskinan. WaAllahu'alam samada teori ini benar.

Namun Alquran memang menyarankan 'baca' sebagai kekuatan pertama mengenal kebenaran. InsyaAllah harapan saya anak-anak remaja akan tercetus minat untuk membaca sesuatu daripada buku penting yang di 'hantar' kepada umat manusia iaitu Alquran dengan hati yang bersih putih, tulus ikhlas memohon Allah berikan sedikit percikan hidayah semoga program yang di rancang untuk mereka dapat di hayati dengan baik, insyaAllah.