Friday, February 5, 2010

PALESTIN DAN KEADILAN DUNIA


Salam

Tetamu Palestin datang lagi (tak perlu sebut siapa). Tahniah kepada Haluan Palestin yang berjaya menganjurkan program di D' Palma Hotel pada malam 3 Februari walaupun masa perancangan amat singkat.

Pertubuhan Mawaddah Malaysia merupakan penganjur bersama. Yang ketara tidak tampil ialah Aman Palestin.

Apa pun semua NGO termasuk yang tidak bercirikan Islam memang menyokong perjuangan rakyat Palestin yang di tindas seburuk-buruknya oleh Israel cum yahudi laknatullah. Cuma berita mutakhir tidak sampai ke pengetahuan kita kerana sumber berita dunia bukan umat Islam yang mengurusnya.

Setiap saat saya mengingati rakyat Palestin terutama di Gaza saya dapat rasakan mereka tidak punya pilihan untuk bertindak kecuali JIHAD. Tidak ada masa untuk berlengah-lengah ke medan perjuangan kerana hidup mereka memang medan perjuangan. Yang saya sayukan ialah mereka berjuang demi kita umat Islam sedunia, demi mempertahankan kebenaran Islam di muka bumi, demi maruah umat Islam yang di robek-robek semata-mata kerana di dalangi oleh kuasa besar dunia. Sayangnya musuh Islam lupa bahawa Islam membawa mesej Allah Rabul Alamin yang memerintah dunia dan seisinya. Ketara satu kerja gila nak melawan kuasa Allah....fikir2kan bagi yang belum berfikir...

Sekembalinya saya daripada majlis yang menjadi kenangan (kerana bertemu ramai kenalan yang lama terpisah) saya menyingkap sebuah buku... terpampang fatwa Ibn Taimiyah yang menyebut tentang pentingnya KEADILAN.

"Persoalan manusia di dunia hanya dapat di selesaikan dengan KEADILAN meskipun bercampur dengan pelbagai dosa, dan takkan di selsaikan dengan KEZALIMAN meskipun demi menegakkan kebenaran dan tidak bercampur dengan dosa.
Kerana itu menurutku (Ibn Taimiyah), Allah akan melindungi negara yang ADIL, meskipun di pimpin oleh penguasa kafir, dan Allah takkan melindungi negara yang ZALIM, meskipun di pimpin penguasa Muslim.

Di katakan juga dunia ini akan sejahtera dengan KEADILAN plus Kekafiran, namun takkan sejahtera bersama KEZALIMAN plus Islam...(Majmu' Fatawa)

Tersirap darah saya membaca fatawa ini kerana di mana-mana hari ini kita berhadapan dengan KEZALIMAN...yang paling rendah kezaliman ialah tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sewajarnya. Susah juga nak brceramah tentang kezaliman jika kita di bius dengan kebiasaan melihat kemungkaran menjadi perkara baik dan betul...sementara kebenaran di perosok dan di sembunyikan. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment